Khamis, Jun 11, 2009

PROMOSI BLOG: "TERATAK CIKGU DI UJANA ILMU"

SALAM MOTIVASI. SEMOGA HARI INI LEBIH BAIK BERBANDING SEMALAM.

Andainya ahli-ahli korporat bersaing mempromosikan produk syarikat di laman-laman web dan blog yang dikunjungi ratusan juta pengunjung, diri ini cuma ingin mempromosikan "bahan bantu pembelajaran alternatif" untuk mata pelajaran Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia.

Tidak perlulah daku bermonolog panjang lebar tentang rentetan peristiwa suka duka yang mengilhamkan kewujudan blog kedua daku --- http://teratakcikgu.blogspot.com. Sememangnya perjuangan di medan ilmu sering disulami dengan tawa ceria, tangisan kepiluan dan doa kesyukuran. Semua peristiwa yang berlaku, usahlah dikenang-kenang, namun jadikanlah segala yang telah berlalu, pengajaran berharga buat membina kecemerlangan masa hadapan yang lebih bahagia dan bermakna.

APA YANG ADA DI TERATAK CIKGU ?

Kunjungan ke teratak cikgu membolehkan kalian menghayati dan mengalami sendiri pengalaman teknik-teknik untuk memantapkan penulisan karangan Bahasa Melayu SPM. Selain mengaplikasikan teknik yang diajar oleh guru di dalam kelas, informasi di teratak cikgu akan membolehkan pelajar mendapatkan maklumat tentang teknik penulisan karangan yang cemerlang. Informasi yang boleh diaplikasikan:
  1. Kaedah menulis pendahuluan yang menarik.
  2. Kaedah menghuraikan perenggan isi karangan.
  3. Kaedah menulis kesimpulan karangan.
  4. Koleksi frasa-frasa menarik.
  5. Koleksi kata-kata hikmat.
  6. Koleksi kata-kata motivasi.
  7. Koleksi peribahasa.
  8. Koleksi pendapat tokoh / madah pujangga.
  9. Koleksi hadis pilihan.
  10. Koleksi maksud ayat al-Quran.
Apa yang adik-adik tunggu lagi? Sudah puas bercuti, berehat, menonton televisyen, menonton video, beriadah, berekreasi, mengembara dengan rakan-rakan, berborak dan melepak, marilah berkunjung ke TERATAK CIKGU DI UJANA ILMU. Ajaklah kawan-kawan sekali.

SELAMAT DATANG!


2 ulasan:

A. Muziru Idham berkata...

Waalaikummussalam warohmatullah!

Terima kasih ya kerana mengomentar saya. Saya ini tidak punya apa-apa. Masih mentah. Mohon tunjuk ajar ya!

Kembara-sepi berkata...

Seorang insan yang bergelar "cikgu" turut mempelajari pelbagai pengalaman berharga daripada anak didiknya dan generasi muda. Sudi-sudikan berkunjung ke blog Teratak Cikgu Di Ujana Ilmu bersama rakan-rakan. Terima kasih.