Ahad, Jun 14, 2009

CABARAN DI MEDAN ILMU

SEKOLAH: SENDU RAKAMAN DARI CATATAN PERJALANAN



S : Suara-suara itu sukar ditafsir ronta gelodak rasa
E : Entah lahar dendam atau puing amarah bernanah
K : Kristal jiwa pecah
O : Onak ngeri bersipongang menari
L : Lantas menikam waras nubari
A : Atma hanyir luka
H : Hati parah derita


Ya Ilahi, berikanlah daku
kekuatan, ketabahan dan ketenangan
menghadapi riuh rendah suara-suara
kerana aura dan atma mereka
meredah jutaan ranjau perjalanan
demi memesrai cinta Yang Esa



"Dialah yang telah menciptakan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, tetapi amat sedikit kamu bersyukur." (Surah al-Mukminun: 78)

"Janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik."
(2: 195)

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar." (2: 153)

1 ulasan:

PENA PEJUANG berkata...

Salam. Sabar cikgu, sabar. Teruskan perjuangan cikgu menyemai benih keinsafan di hati-hati nan gersang.